KETAHUI INI.

Foto Saya
Shah Alam / Melaka / Kedai Mamak Berhampiran, Malaysia
pokok paling tinggi yang aku boleh panjat ialah pokok serai. Boleh jadi apa saja yang kau orang mahu. Dan hari ini, aku jiran kau yang nyanyi lari tune dalam bilik air.

Isnin, 23 April 2012

Tumpasnya Seorang Wira

Ada satu pagi tu, aku letih sangat. 
Minda pun tak berapa nak sharp. Kiranya kalau wanita mengandung terpijak kulit pisang dan jatuh atas minda aku, tak akan berdarah sama sekali. 

" Weh. Tolong on kan radio. Kau paling dekat, " katanya.

" Oh okay. " 

" Hmm. Kau nak ke mana tu? " 

" Huh? "

" Tu printer. "

Sabtu, 14 April 2012

Yang Paling Kecil 2

Adik bongsu aku ada banyak minat.
Cita-cita pun selalu tukar-tukar.

Baru hari tu, dia cakap dia nak jadi ustaz. Mak aku bukan main lega.

Aku sangsi.

Jadi hari ni, aku tanya lagi.


"Airil. Dah besar nanti nak jadi apa?"


"Kilauan Emas."